i. ∑Cekal + Rajin - √Malas ÷ Masa x Usaha(∞) = Kejayaan + Kepuasan – Kesedihan(Kegagalan)
ii. Kejayaan ≠ Kegagalan
Sunday, June 21, 2009
MEQIN TAIP ROQAK
MEQIN TAIP ROQAK
Qeqebuah kumpulan atau paqukan itu diibaratkan qeperti qebuah meqin taip yang roqak. Qetiap ahli mewakili qatu butang huruf yang mempunyai kepentingan dan qumbangan yang tinggi untuk kumpulan atau paqukan terqebut. Janganlah anda menganggap bahawa diri anda dalam kumpulan atau paqukan tidak penting kerana kumpulan atau paqukan anda akan menjadi qeperti meqin taip yang roqak tanpa penglibatan anda.
Qeqebuah kumpulan atau paqukan itu diibaratkan qeperti qebuah meqin taip yang roqak. Qetiap ahli mewakili qatu butang huruf yang mempunyai kepentingan dan qumbangan yang tinggi untuk kumpulan atau paqukan terqebut. Janganlah anda menganggap bahawa diri anda dalam kumpulan atau paqukan tidak penting kerana kumpulan atau paqukan anda akan menjadi qeperti meqin taip yang roqak tanpa penglibatan anda.
Wednesday, June 10, 2009
SIAPA ZAMIR?
Nama sebenarnya ialah Nor Zamir bin Zainan.
Beliau adalah Ex 1KAA ’05.
Pada tahun 2005, beliau belajar di dalam kelas 1A sebelum berpindah masuk ke kelas 1KAA bersama-sama beberapa orang pelajar yang lain pada awal Februari.
Pada 12 Februari, beliau bersama-sama beberapa orang pelajar yang lain telah mendaftar masuk ke asrama SMKKJ.
Penglibatan kokurikulumnya yang pertama adalah Sayembara Puisi dan Lagu dalam Karnival Asrama peringkat daerah Hilir Perak yang bertempat di SMKKJ.
Pada semester kedua tahun 2005, beliau telah berpindah ke Damansara meninggalkan 1KAA lalu menjadikan julah pelajar lelaki pada ketika itu seramai enam orang sahaja.
Pada tahun 2006, beliau kembali ke SMKKJ.
Walau bagaimanapun, beliau menolak untuk memasuki kelas 2KAA.
Masih kekal bersekolah di SMKKJ, Zamir kini melanjutkan pelajarannya di kelas 5 Science 1 bagi menempuhi SPM yang bakal melanda November nanti.
Beliau boleh dihubungi di alamat Parit 15 Sungai Pulau, 36400 Hutan Melintang, Perak.
Beliau juga boleh dihubungi melalui e-mel norzamir_02@yahoo.com..
MRSM TRANSKRIAN
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang merupakan maktab yang ke-34 ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai memenuhi hasrat dan wawasan untuk mencemerlangkan institusi pendidikan MARA (IPMA) hingga bertaraf dunia. MRSM Transkrian merupakan MRSM yang kedua didirikan di Pulau Pinang selepas MRSM Balik Pulau yang beroperasi pada tahun 1984.
Terletak di Mukim 9, Transkrian, Nibong Tebal iaitu di daerah Seberang Perai Selatan, MRSM Transkrian yang luasnya 32 hektar secara rasminya beroperasi pada 1 April 2002. Seramai 17 orang guru termasuk Pengetua yang pertama, Encik Saleh bin Osman, yang sebelum itu kebanyakannya berkhidmat di MRSM-MRSM yang lain telah melaporkan diri pada tarikh tersebut.
Cabaran yang dihadapi pada masa maktab ini baru dibuka tidak melemahkan semangat para pendidik untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kegemilangan bersama. MRSM Transkrian telah menerima kumpulan penuntut sulung seramai 100 orang yang merupakan pelajar-pelajar tingkatan 4 pada 22 April 2002 manakala pelajar-pelajar tingkatan 1 yang sebelum itu ditempatkan sementara di MRSM Pontian, Johor selama 5 bulan telah melaporkan diri pada bulan Jun 2002.
Kumpulan perintis ini dengan penuh semangat telah sama-sama mengharungi jerih perit untuk menjayakan agenda pendidikan MARA di sini. Kesungguhan dan kegigihan mereka tidak sia-sia kerana apabila keputusan SPM 2003 diumumkan, mereka berjaya memperoleh Gred Purata Maktab (GPM) 2.415. Kecemerlangan ini terus menjadi tradisi dan pemangkin kepada kumpulan kedua dan ketiga yang mengambil SPM pada 2004 dan 2005 serta kumpulan pertama dan kedua yang mengambil PMR pada 2004 dan 2005. GPM SPM tahun 2004 ialah 2.705 manakala untuk tahun 2005 ialah 2.242.
MRSM Transkrian dilengkapi dengan bilik-bilik kelas, dewan besar, bilik seminar, makmal-makmal termasuk makmal komputer, makmal multimedia, makmal kemahiran hidup serta makmal reka cipta, surau, dewan makan, pusat pelajar dan pusat sumber pembelajaran. Beberapa kemudahan atau prasarana yang lain akan terus disediakan oleh pihak maktab demi memastikan keselesaan pelajar belajar . Dengan kerjasama Jabatan Landskap Negara (JLN), maka mulai April 2004, suasana di sekeliling kampus bertambah ceria melalui projek pengindahan.
Kini, dengan gaya pentadbiran yang mantap dan tersendiri yang diterajui oleh Pengetua, Haji Mohd Yusoff bin Hassan dengan dibantu oleh Penolong Pengetua Hal Ehwal Akademik, Encik Shamsuri bin Mahat dan Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar, Puan Maimun binti Yusof serta gemblengan tenaga para guru dan kakitangan yang komited, MRSM Transkrian akan bergerak maju demi merealisasikan slogan maktab iaitu ‘BETTER THAN THE BEST’ dan moto Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA, ’Pendidikan Cemerlang Generasi Gemilang’.......
MRSM PASIR SALAK
Maktab Rendah Sains MARA Pasir Salak merupakan Maktab Rendah Sains MARA yang ke-4 di Perak dan yang ke-31 beroperasi di Malaysia.
Pada waktu itu, tenaga kerja Maktab yang terdiri daripada guru-guru dan kakitangan hanya sejumlah 25 orang sahaja. bilangan tersebut tidak termasuk pihak pengurusan tertinggi Maktab. Sehingga kini Warga MRSM Pasir Salak yang terdiri daripada guru, kakitangan dan pelajar telah berkembang hingga hampir 900 orang.
Pekan yang hampir dari MRSM Pasir Salak ini ialah pekan Kampung Gajah. Jarak di antara MRSM Pasir Salak ke pekan tersebut ialah 4 kilometer. Antara kemudahan pengangkutan awam yang terdapat di pekan ini ialah bas dan teksi. Kebiasaannya, para pengguna menggunakan perkhidmatan ini bagi mereka ke Bandar terdekat iaitu Teluk Intan yang jaraknya kira-kira 30 kilometer dari pekan Kampung Gajah.
PETUA KEKAL 'MUDA'
Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w., kita digalakkan berdehem tiga kali disertai dengan meneran sedikit bagi mengelakkan daripada mendapat penyakit batu karang.
Semasa membuang air besar, mengiringlah sedikit ke kiri kerana perut kita akan menekan rektum yang memudahkan pengeluaran n**is.
Untuk menjadikan diri anda bijak dan genius, tidurlah mengiring ke kanan (mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.) kerana jantung (yang terletak di sebelah kiri tubuh) akan lebih lapang dan mudah berdegup sekali gus membaikkan perjalanan darah dan otak akan membangun dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.
TIGA HOMO SAPIEN
ANDA MALAS???
MALAS ADALAH NORMAL DAN ADA DALAM SETIAP DIRI MANUSIA.
MALAS BOLEH DIKAWAL MELALUI KEKUATAN ILMU PENGETAHUAN DAN KEIMANAN
MALAS MENURUT IMAM GHAZALI ADALAH RACUN YANG PALING BERBISA
MALAS AKAN MERUGIKAN
DIRI SENDIRI
ORGANISASI
KELUARGA
NEGARA
AGAMA
ALLAH PERNAH BERFIRMAN :
“DEMI MASA MANUSIA SENTIASA DALAM KERUGIAN, KECUALI MEREKA
YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH DAN SALING NASIHAT MENASIHATI
AKAN KEBENARAN DAN KESABARAN”.
SURAH AL-ASR
KENAPA PERLU BERUBAH?
ADA PERINTAH ALLAH SURAH AR RAD AYAT 11 “SESUNGGUHNYA ALLAH
TIDAK AKAN MENGUBAH KEADAAN ATAU NASIB SESEORANG ITU KECUALI
MEREKA SENDIRI YANG MENGUBAH APA YANG ADA DALAM DIRI
MEREKA”.
APAKAH YANG PERLU DIUBAH?
HATI DAN AKAL
BAGAIMANAKAH CARA MENGATASI MASALAH INI?
1. NIAT IKHLAS KERANA ALLAH
2. KENALPASTI FAKTOR PENGARUHI
- DALAMAN
- LUARAN
3. JAGA HATI DAN FIKIRAN
4. BUAT PERANCANGAN
5. LAKUKAN TINDAKAN SECARA BERTERUSAN
6. BERI PENEGUHAN PADA DIRI
7. BERKONGSI DENGAN ORANG LAIN MATLAMAT ANDA
8. BEKERJA DALAM KUMPULAN
9. KIRA-KIRA UNTUNG RUGI
10. TANAMKAN PERASAAN TAKUT DAN MENGHARAP
11. BELAJAR DAN TERUS BELAJAR
12. SABAR DAN SOLAT
13. USAHA, DOA DAN BERTAWAKKAL
ANDA MENGANTUK? MENGAPA? NAK TAU?
Segala-galanya bermula daripada bosan. Apabila anda bosan, anda bernafas kurang daripada kadar pernafasan normal. Hal ini menyebabkan oksigen kurang masuk ke dalam otak yang akhirnya membawa kepada.........mengantuk dan….zzzzzzzzzzzzzzzzz. Oleh itu, banyakkanlah senaman dan aktiviti bagi mencapai kadar pernafasan normal dan sihat agar kita tidak mudah mengantuk.
HOMEROOM
Sistem homeroom adalah salah satu sistem yang digunakan di dalam MRSM. Homeroom bertindak sebagai keluarga kecil yang terdiri daripada sekumpulan pelajar. Setiap homeroom mempunyai guru masing-masing yang akan bertindak sebagai ibu angkat atau bapa angkat kepada keluarga kecil tersebut.
Ahli setiap homeroom itu tudak semestinya datang dari kelas yang sama, sebaliknya ahli juga boleh datang dari kelas yang berbeza-beza. Bagaimanapun, hal ini bergantung kepada pihak pengurusan maktab tersebut yang menentukannya. Seperti di MRSM Pasir Salak, ahli homeroom datang dari kelas yang sama. Sesebuah kelas itu akan dibahagikan secara sama rata kepada dua buah homeroom. Perkara yang berbeza pula berlaku di MRSM Balik Pulau, ahli setiap homeroom itu datang dari kelas yang berbeza. Seperti yang telah dinyatakan di atas, hal ini bergantung kepada pihak pengurusan sesebuah maktab tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)