Apabila kita bersolat, kita akan menggunakan nikmat pemberian Allah. Dan apabila kita bersolat dengan penuh kekhusyukan, kita tahu bahawa Allah akan mengurniakan segala perkara yang kita perlukan, membantu menyelesaikan masalah kita, menyembuhkan penyakit kita, membantu mengurus masalah kewangan kita, mengurniakan kita kekuatan untuk melaksanakan kewajipan kita, dan banyak lagi. Melalui solat juga, kita mempunyai hubungan dengan Allah Maha Besar yang mampu mengawal segala-galanya seperti takdir, kegembiraan, kegusaran, kebingungan, kekacauan, bencana dan konflik yang berlaku di sekeliling kita saban hari. Oleh itu, melalui kepercayaan yang kita letak pada Allah yang dapat menyelamatkan kita, kita mampu mengurangkan kadar tekanan yang kita sedang hadapi. Hal ini kerana, kita percaya sepenuhnya bahawa
Allah akan membantu kita tatkala kita memerlukan-Nya.
Fikir-fikirkanlah….
Monday, June 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment