Monday, June 8, 2009

Salam perkenalan dari JAUHARI



Assalamualaikum wbt.



Penulis telah menulis novel yang telah diberikan tajuk Jauhari semenjak tahun 2008 lagi. Terpengaruh dengan senior tingkatan lima, Fariz Razali namanya, yang telah berjaya menghasilkan sebuah novel yang diberi tajuk Revolusi untuk dijadikan sebagai modul atau tesis bagi School Enrichment Module Type III (SEM Type 3) pada tahun 2008. Saya terfikir, jika dia mampu menghasilkan sebuah novel seawall umur 17 tahun, mengapa saya tidak? Kami berdua sama sahaja, lelaki, anak Melayu, dan datang dari sekolah harian sebelum berpindah masuk ke sIstem MRSM.


Jauhari mengisah kisah hidup sekumpulan pelajar yang dilabel sebagai cendekiawan dan pelajar bijak di SMK Jauhari. Cara hidup anak muda-mudi belasan tahun pada era globalisasi ini banyak dipaparkan dalam novel ini. Sebagai contoh, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan kisah cinta di alam remaja.


Mencedok sebahagian kecil kisah benar yang dilalui oleh penulis semenjak tingkatan satu di SMK khir Johari, penulis menokoh tambah dan menghasilkan karya yang baru. Sebagian besar nama-nama watak dalam ini sendiri adalah teman-teman penulis dari Ex 3 KAA 07. mengambil tempat SMK Khir JOhari sebagai latar tempat, penulis telah mengubah nama SMK Khir Johari kepada SMK Jauhari kerana tidak mahu persamaan nama lokasi berlaku. Selain itu juga, SMK Khir Johari juga tidak hanya wujud di Sungai Sumun, malahan turut berada di Tanjung Malim, Perak dan Sungai Petani, Kedah. Barangkali masih ada sekolah dengan nama yang sama di tempat.

Penulis terlebih dahulu memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati setelah membaca hasil nukilan penulis ini. Sesungguhnya penulis tidak berniat untuk melukakan hati mana-mana pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam menghasilkan karya ini.


Kehidupan sebagai seorang pelajar banyak dihabiskan dengan mengulang kaji pelajaran, menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru, dan pelbagai jenis perkara lagi bagi menyiapkan diri bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November nanti. Inilah yang berlaku kepada penulis. Disebabkan oleh krisis kesuntukan masa, penulistidak berjaya menyiapkan separuh jalan cerita novel ini. Hasil tulisan tangan penulis juga banyak membuang masa kerana terpaksa menaip semula hasil tulisan penulisan ke dalam komputer. Oleh itu, penulis hanya berjaya menaip tiga bab daripada 12 bab yang dijangka berjaya dihasilkan.


Diharap pembaca dapat memberi komen kepada penulis mengenai novel ini. Komen boleh dikirimkan melalui blog ini atau melalui e-mel ex3kaa07_jauhari@yahoo.com.. Pembaca juga boleh mengirimkan komen secara terus kepada penulis melalui e-mel zack_zackury@yahoo.com..
Harap anda semua terhibur.


Oleh: AHA Sdn Bhd (M)

No comments:

Post a Comment